
SEORANG anggota polis cuba untuk menyelamatkan budak perempuan yang tersangkut itu.
Ada lagi pasal budak tersangkut. Baru beberapa hari lepas je baca pasal budak tersangkut kat celah alat pendingin..Ini salah budak ke pasal kecuaian ibu bapa ni..? Jom baca..
BEIJING - Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.
Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.
Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.
Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."
Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.
Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan.
Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.
Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut. - Agensi
Sumber: kosmo
Salam ziarah,ya allah macammana la boleh jadi sampai camtu,mujur budak tu tak dak apa apa.
ReplyDeleteYaAllah..cmne la perasaan budak tu msa tu,sian dia
ReplyDeleteDah resmi budak2 tak tau takut dan bahaya.
ReplyDeleteIbubapa janganlah tinggal anak yg belum cukup akal bersendirian dirumah.
salam ariana..kasihan budak tu,xder lak dia menanggis ya.Senagai pengajaran buat ibubapa yg keluar bekerja :D
ReplyDeletemet sore sobat salam
ReplyDeletekenal'y dari blog
sebrang. Klu ada
waktu
mampir d tmpt ane
sobat Untk
menambhkan
talslhtrmi yang lbih
baik d dunia blogger
atau dunia maya
hehe